Sunday, August 1, 2010

KeBaiKan KuRma....>>>RAMADHAN akan tibe...

Kurma dianggap makanan pencuci mulut, berkhasiat merawat sembelit dan merangsang pergerakan usus kerana berserat tinggi. Buah ini hendaklah direndam di dalam air pada waktu malam dan airnya diminum keesokan harinya. Kurma juga untuk menghindarkan lemah jantung. Di ambil sekurang-kurangnya dua kali seminggu, ramuan ini dikatakan mampu menguatkan jantung. Kurma mempunyai nilai pemakanan yang tinggi. Buah ini membekalkan gula asli di dalam bentuk glukosa dan fruktosa.

Kurma kering mengandungi 60 peratus zat gula, 2.5 peratus zat minyak dan 33 peratus garam. Kurma juga mengandungi protein dan pelbagai vitamin seperti A, B1, B2 dan C, selain zat besi, kapur, fosforus, belerang, kalium, magnesium, kalsium, dan tembaga.

1 comment: