Tuesday, April 27, 2010

AnaK aNjing MiRip MaNusIa












TiPs UnTuk JaDi SuaMi RoManTik

Saya pernah bertanya kepada seorang kawan perempuan saya, apakah ciri yang ada pada lelaki yang paling disukainya?

Lantas dengan spontan dia jawab, “ROMANTIK“. Menurutnya lelaki yang romantik biasanya lebih mudah bertolak ansur dan lebih penyayang.

 

Betul ker begitu? Anda bersetuju dengan kenyataannya?

 

Hmmm…bagi saya yang kurang romantik ini, pastinya agak kurang bersetuju. Namun, saya terpaksa akui, ada benarnya juga. Apa2pun, sikap ROMANTIK seorang suami pada isterinya adalah sangat digalakkan dalam Islam. Romantik menyuburkan kasih sayang.



Suami yang tidak romantik, sebenarnya boleh belajar jadi romantik. Saya pun dulu bukannya romantik sangat pun. Tapi setelah 2 tahun berkahwin, alhamdulillah kini sudah bertambah ‘keromantikan’ saya. Tak caya, cuba tanya isteri saya. huhuhu
 
Sikap romantik sebenarnya lahir dari perasaan kasih sayang yang tulus. Ia adalahbmanifestasi daripada hati yang baik dan akhlak yang mulia. Sikap romantik boleh diterjemahkan dalam bentuk percakapan dan perbuatan.
 
Antara perbuatan yang boleh diamalkan bagi membentuk sikap romantik ini adalah ;
 
1. Sentiasa memberi ciuman mesra pada isteri. Anda boleh cium isteri anda samaada di dahi atau boleh juga dimulut pada setiap sebelum keluar bekerja. Si isteri pula bolehlah mencium tangan suami semasa bersalaman. Selain itu, anda juga digalakkan untuk cium isteri sebelum tidur. Ciumlah dahi isteri sambil mengucapkan “I LOVE YOU DARLING”. Sesungguhnya ciuman yang mesra dapat memberi suntikan semangat padisteri dan si suami.



2. Sentiasa memberikan pelukan pada isteri. Selain daripada mencium, anda juga boleh memeluk atau mendakap isteri anda sebelum keluar bekerja pada setiap hari. Pelukan dapat mengeratkan kasih sayang. Kajian mendapati, orang yang selalu peluk isteri akan jadi lebih bertenaga dan bersemangat.



3. Bercakap dengan lembut dan menggunakan perkataan yang baik. Setiap perkataan yang kita tuturkan sebenarnya memberikan bekas pada si pendengar. Justeru adalah sangat penting menggunakan perkataan-perkataan yang positif dalam perbualan anda dengan isteri. Jangan sekali2 meninggikan suara dan menggunakan perkataan yang menyakitkan hati isteri.



4. Panggi isteri dengan panggilan yang manja. Panggilah isteri anda dengan panggilan yang paling disukainya. Anda boleh menggunakan panggilan seperti “Dinda”, “Honey”, “Sayang”, “Darling” dan sebagainya bagi menunjukkan betapa kasihnya anda pada isteri anda.



5. Bergurau senda dengan isteri. Cubalah hiburkan isteri anda dengan gurauan dan usikan yang tidak melampau. Kadangkala buat lawak bodoh pun tidak mengapa asalkan si isteri gembira.



6. Pegang tangan isteri ketika berjalan. Berjalan seiringan. Sentiasalah berpegangan tangan dengan isteri ketika keluar berjalan. Ramai diantara kita ni, hanya suka berpegangan tangan masa belum kahwin. Tapi bila dah kahwin, dibiarkan isteri berjalan keseorangan. Lebih teruk lagi, isteri ditinggalkan jauh berjalan di belakang. Siap buat macam tak kenal lagi…ish..ish




Itulah beberapa tips yang boleh diamalkan oleh sang suami dalam membentuk diri menjadi suami yang lebih romantik. Sebenarnya ada banyak lagi yang boleh dilakukan, namun cukuplah dulu 6 perkara ini. Yang penting, amalkan. Bukan hanya sekadar baca sebagai rekreasi minda.

21 pESanaN IsTeri uTK suaMi

Sekarang ini, ramai para suami yang ambil mudah dan mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga. Sikap ambil mudah dan tidak peduli suami ini menyebabkan banyak masalah rumahtangga yang timbul.


Rumahtangga yang sepatutnya menjadi tempat istirehat, tempat bermesra, tempat mendapat kasih sayang, tempat yang dapat memberikan ketenangan pada si isteri dan si suami, telah menjadi sebaliknya. Tiada lagi harmoni, tiada lagi ketenangan, tiada lagi kebahagiaan yang dapat dirasai dalam kebanyakan rumahtangga sekarang. Mengapa ini terjadi? Salah satu punca utama yang menyebabkan kita tidak dapat merasai ketenangan, tidak merasai kebahagiaan dalam hidup berumahtangga ialah kerana disebabkan kegagalan suami berperanan sebagai suami yang mithali.

Berikut adalah 21 pesanan isteri kepada suami, yang saya kira perlu diambil perhatian serius oleh semua yang bergelar suami. Baca dan cubalah amalkan setakat yang termampu..


1. Selalulah menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.



2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.



3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih daripada emak anda.


4. Jangan demand seks sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan sernata-mata untuk penuni nafsu syahwat saja.



5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih daripada suami juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing-berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.



6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relak-relak sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dan sebagainya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumah tangga sedangkan suami lepas tangan.



7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri. Jangan bedal semua, sampai giliran isteri yang tinggal ekor ikan sekerat, janggut sotong, ekor tauge. Frust, tau tak!



8. Kalau nak ajak member ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh sehari-dua lebih awal. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi segera saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan perbelanjaan keluarga)



9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.



10. Jangan kentut depan isteri. Hairan ya, masa bercinta dulu kenapa boleh kontrol kentut?



11. Hormatilah ibu-bapa dan ahli keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang bodek mereka masa nak rnengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.



12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumah tangga. Sekali atau berkali-kali kala tolonglah membeli minyak masak, bawang, lada, sayur dan sebagainya.



13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, Jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami”degil” tak nak minta pertolongan. selagi itulah dia rela nak tolong (lainlah kalau anda kahwin dengan perempuan kedekut!.
14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi, bubuh, balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang, simpan balik di tempat asal. Susah sangat ke?

 
15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

 

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Mereka pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

 

17. Jangan main kayu tiga. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri anda yang buat, tentu anda tak boleh nak bertolak ansur. Jadi mengapa isteri anda kena bertolak ansur kalau anda buat?

 

18. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuk-lah anda mengambil berat tentang dirinya.

 

19. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumah tangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali.

 

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak Jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

 

21. Jangan buat tak tahu kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu pujuk, pujuk. Hati orang perempuan ni sensitif. Kalau isteri rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja. Kalau kita orang semua pakat mogok, anda juga yang rugi!


Semoga saya dan semua para suami semua berlapang dada dan dengan hati yang terbuka menerima permintaan dan pesanan isteri ini. Semoga saya dapat amal apa yang diperkatakan. InsyaAllah.

Sunday, April 25, 2010

PeTua KuRangKan anGin DaLam BaDaN


Petua ini bersumberkan daripada kata-kata Saidina Ali Bin Abi Tholib karramallahuwajhah. Saidina Ali berkata ;



“Apabila anda hendak makan epal, hidulah baunya dan kemudian barulah makan epal tersebut. Kerana apabila anda melakukan demikian, setiap penyakit dan bahaya akan dihilangkan dari tubuh anda dan segala sesuatu yang disebabkan oleh ANGIN akan lenyap.”

Giants in Greece









Ikan Keli yang ditangkap di Mukah, Sarawak..









Saturday, April 24, 2010

GaTsBy DeOdoRanT StrEEt FaiR

GATSBY Deodorant Street Fair

Wednesday, April 21, 2010

7 KeAjaiBan DuNia TeRbAru 2010 versi CNN

1) Grand Canyon

Grand Canyon adalah sebuah jurang tebing-terjal, diukir oleh Sungai Colorado, di utara Arizona. Jurang ini merupakan satu dari Tujuh Keajaiban Dunia dan sebahagian besar berada di Taman Nasional Grand Canyon; salah satu taman nasional pertama di Amerika Syarikat. Presiden Theodore Roosevelt merupakan salah satu peneraju utama wilayah Grand Canyon, mengunjunginya dalam beberapa kesempatan untuk memburu singa gunung dan menikmati pemandangan alam yang luar biasa.


Jurang ini, diciptakan oleh Sungai Colorado memotong sebuah selat selama jutaan tahun, panjangnya kira-kira 446 km, dengan lebar mulai dari 6 sampai 29 km dan dengan kedalaman lebih dari 1.600 m. Hampir dari 2000 juta tahun sejarah Bumi telah terpotong oleh Sungai Colorado dan anak sungainya lapis demi lapis sedimen ketika Dataran Tinggi Colorado mulai terangkat.



Grand Canyon pertama kali dilihat oleh orang Eropah pada 1540, Garcรญa Lรณpez de Cรกrdenas dari Sepanyol. Ekspedisi saintifik pertama ke canyon ini dipimpin oleh Mayor AS John Wesley Powell pada akhir 1870-an. Powell menunjuk ke batuan sedimen yang terbuka di jurang sebagai “daun dalam buku cerita agung”. Namun, jauh sebelum masa itu, wilayah ini telah ditinggali oleh Penduduk Asli Amerika yang membangun tempat tinggal di tembok jurang ini.



2) Great Barrier Reef/Karang Penghalang Besar

Great Barrier Reef adalah kumpulan terumbu karang terbesar dunia yang terdiri dari kurang lebih 3.000 karang dan 900 pulau, yang membentang sepanjang 2.600 km. Karang ini berlokasi di Laut Koral, lepas pantai Queensland di timur laut Australia. Sebahagian besar wilayah karang ini termasuk bahagian yang dilindungi oleh Taman Laut Karang Penghalang Besar (Great Barrier Reef Marine Park).


Karang Penghalang Besar (KPB) dapat dilihat dari luar angkasa dan kadang disebut sebagai organisme tunggal terbesar di dunia. Pada kenyataannya, ia terbentuk dari berjuta organisme kecil, dikenal dengan sebutan polip koral (coral polyp). KPB dipilih sebagai sebagai salah satu Situs Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1981.



Kekayaan biodiversitasnya, perairannya yang hangat dan jernih, serta keterjangkauannya dari fasilitas terapung yang disebut live aboards, membuat karang ini menjadi tujuan pariwisata yang sangat popular, terutama bagi para penyelam skuba. Banyak kota di sepanjang pesisiran pantai Queensland yang menawarkan wisata laut ke karang ini setiap harinya. Beberapa pulau kontinental juga telah berubah fungsi menjadi resort.

 
3)  Mount Everest
 
Mount Everest adalah gunung tertinggi di dunia (jika diukur dari paras laut). Rabung puncaknya menandakan perbatasan antara Nepal dan Tibet puncaknya berada di Tibet. Gunung ini mempunyai ketinggian sekitar 8.850 m. Gunung ini mendapatkan nama bahasa Inggerisnya dari nama Sir George Everest. Nama ini diberikan oleh Sir Andrew Waugh, surveyor-general India berbangsa Inggeris, penerus Everest. Puncak Everest merupakan salah satu dari Tujuh Puncak Utama di dunia.








4) Air Terjun Victoria

Air terjun Victoria merupakan salah satu air terjun paling spektakuler di dunia. Air terjun ini terletak di Sungai Zambezi, yang pada saat ini membentuk perbatasan antara Zambia dan Zimbabwe. Air terjun ini memiliki lebar kira-kira 1 mil (1.6 km), dengan ketinggian 128m (420 kaki).



David Livingstone, penjelajah Skotlandia, mengunjungi danau ini pada 1855 dan menamakannya atas nama Ratu Victoria, sedangkan nama lokalnya adalah Mosi-oa-Tunya, “asap menggelegar.” Air terjun ini merupakan bahagian dari dua taman nasional, Mosi-oa-Tunya National Park di Zambia dan Victoria Falls National Park di Zimbabwe, dan juga Situs Warisan Dunia UNESCO. Air terjun ini merupakan objek wisata utama di Afrika Selatan.


 
5) Northern Lights



Salah satu keajaiban dunia adalah Northern Lights atau dikenal juga dengan istilah Aurora Borealis. Kejaiban cahaya warna-warni ini terbentuk akibat interaksi lapangan magnetik di Bumi dengan partikel matahari.



6)Volkano Paricutรญn


Volkano Paricutรญn, adalah sebuah gunung berapi yang terdapat di negara bahagian Michoacan, Mexico. Sebelum tahun 1943 gunung berapi ini tidak ada, namun tiba-tiba terdapat aktiviti vulkanik yang mengakibatkan orang-orang di sekitar sana mengungsi, gunung muda itu terus bertambah tinggi, dalam sehari menjadi 50 meter dan saat ini aktivitinya boleh dikatakan berhenti, dan ketinggian gunung mencapai 336 meter.




7) Pelabuhan Rio de Janeiro


Rio de Janeiro (bermakna “Sungai Januari” dalam bahasa Portugis) adalah ibu kota Negara Bahagian Rio de Janeiro di Brazil bahagian tenggara. Kota ini mempunyai luas sebesar 1.256 km² dan penduduk purata 6.150.000 juta jiwa (2004). Lebih kurang  10 juta orang tinggal di wilayah metropolitan Rio de Janeiro Raya, yang saat ini merupakan kota terbesar keempat di dunia.


Letak pelabuhan Rio De Janeiro sangat unik iaitu tepat berada di hujung muara sungai antara pertemuan laut dan sungai, selain kota pelabuhan kota tersebut juga mempunyai lokasi dan pemandangan geografi yang sangat indah, Brazil ditemukan dan dijajah oleh portugis pada tahun 1565 sehingga budaya, bahasa, kebiasaan, juga makanan tertumpu kepada negara portugal iaitu kerana adanya ikatan kuat antara dua negara tersebut.



Tuesday, April 20, 2010

Pokok Pisang Aneh


Pernahkah korang tengok pokok pisang yang berbuah 3 jenis buah pisang sekaligus…di satu wilayah di indonesia heboh cerita pokok pisang yang berbuah 3 jenis buahnya sekali. Buah yang pisang paling atas jenis pisang raja,di tengahnya buah pisang kepok manakala paling bawah buah pisang banten ( dalam bahasa indonesia ) bahasa melayu korang cari sendiri…




Sunday, April 18, 2010

Lego....(sangat kurang ajar)


Boikot, jangan tak boikot demi kesucian Agama Islam dan Nabi kita Muhamad S.A.W. Bagi sesiapa yang ada connection dengan Kementerian Perdangangan, minta usahakan untuk menyekat barangan Lego diimport dan dijual di negara kita Malaysia. Kalau boleh sebarkan ke negara islam seluruh dunia untuk menyekat sikap biadab ini.



Monday, April 12, 2010

BiSkuT BaBy

Biskut berbentuk bayi daripada serbuk almond !

Alamak! Betapa miripnya!
Adakah awak sanggup menggigitnya?


























Spirulina

Mujurlah all this while masa orang tengah sibuk consume spirulina, tekak saya tak boleh terima anything that taste of rumput. Rupa2nya dia biak dlm najis!!!! Ciss!!

Spirulina........Ditanam dalam system Kumbahan Najis Babi

Assalamu'alaikum W B T,

Masih ramai yang masih tidak tahu tentang kehalalan dan kesucian spirulina. Percaya atau tidak bahawa spirulina di western country dan tidak jauh dari negara kita thailand di tanam didalam kolam najis babi.


Jika anda tidak percaya type dlm mana search engine spirulina pig waste berlambak web mengenainya.

Asalnya spirulina adalah alga yang ditanam dlm air laut. Namun peringkat kajian saintis barat mereka menanam spirulina dlm kolam najis babi utk merawat sisa kumbahan air najis babi. Selepas itu mereka mendapati nutrien dlm spirulina semakin bertambah jika diternak di dalam air najis babi.

Memang mereka mendakwa bahawa ia utk merawat sisa najis dan spirulina itu boleh dijadikan makanan babi. Namun apakah produk yang berharga itu dibuang atau dijadikan makanan babi.

Apakah yang dimakan oleh saudara islam kita suci.Terpulang pada anda semua surf dlm internet search SPIRULINA PIG WASTE dan lihat bagaimana byk kajian tentang kajian saintis barat bagi merosakkan bangsa kita.

Dibawah adalah contoh laman web:

http://www.grad.cmu.ac.th/abstract/2000/sci/abstract/sci05012.html


Terima kasih.



Dipertik dari sihatceriagroups.



SILA SEBARKAN KEPADA SAUDARA SEISLAM , BERHATI-HATI DALAM MENGAMALKAN PEMAKANAN TAMBAHAN (VITAMIN)

Sunday, April 11, 2010

Khasiat Pisang







Perhatian:

Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.


Tekanan:

Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

 

PMS:

Lupakan pil-pil hospital รข€“ makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda.

 

Anemia:

Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah , yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

 
Tekanan Darah Tinggi:

Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

 

Kuasa Minda:

Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).


Penghadaman:

Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.


Keletihan:

Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu . Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.


Panas Jantung:

Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.


Demam Pagi:

Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.




Gigitan Nyamuk:

Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.




Saraf:

Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda .




Obesiti dan Tekanan Kerja:

Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek . Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil . Makanlah pisang.


Ulser:

Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.




Kawalan Suhu:

Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).


Seasonal Affective Disorder (SAD):

Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari . Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.


Ketagihan Rokok & Tembakau:

Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh .




Stress:

Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh . Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.




Strok:

Mengikut kajian dalam buku "The New England Journal of Medicine", mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!




Lain-lain Penyakit Kulit:

Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah .



Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, "Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!"

PS: Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!