Sunday, May 30, 2010

Saya Nak Pergi Kangkang. Kamu nak Ikut?..


“Saya nak pergi kangkang . Kamu nak ikut?” Ini mungkin ayat yang sangat pelik dan luar biasa yang keluar dari mulut seorang gadis ayu, sopan dan bertudung litup apabila mengeluarkan perkataan yang mungkin agak kurang enak didengar dek telinga. Dan mungkin ayat ini yang akan terkeluar dari mulut ku;



“Hah? kamu nak pergi apa????” Dengan slumber pula dia menjawab, “Itu… Nak pergi kangkang kat tepi jalan sana tu haaaa~” sambil menuding jari ke arah bangunan ditepi jalan yang berhampiran.



Ya Allah! Apa sudah jadi? Betul lah sekarang ini dunia memang sudah hampir kiamat! Apa sudah hilang akal kah gadis ayu dihadapanku ini hingga boleh berkata seperti itu? Sudah sakit mental kah gadis ini? Dengan serta-mertanya aku menepuk kepala yang tidak dihinggapi nyamuk, lalu berkata…



“Astarghfirullah’ alazim! Apa yang kamu nak buat nih? Sejak bila kamu terpesong? Aper dah tak tahu malukah kamu? Ya Allah… kesianlah dekat mak ayah kamu tu… dari kecil mereka ajar kamu jadi anak yang sopan. Dah besar panjang macam nih, nak buat benda tak senonoh pula?”



Jerkah ku. Puas hati! Orang yang sudah tidak sedarkan diri perlu diingatkan. Agar tidak menjadi fitnah dikemudian hari. Tapi, lain pula jadinya. Dengan muka hairan dan tidak puas hati, si gadis ayu menjawab;



“Eh! Apa yang kamu merepek nih? Bila pula saya kata, saya nak buat benda tak senonoh?”
Aduh, bertambah ‘panas’ hatiku! Beria-ria aku marah dan cuba hendak mengingatkan dia, dikatanya aku merepek pula!



“Apa pula saya yang merepek? Kamu tu yang merepek! Yang kamu nak pergi mengangkang kat tepi jalan tu buat apa?”
“Kah~kah~kah~” Kata-kata ku dijawab dengan deraian tawa dari gadis ayu tersebut. Ketawanya kelihatan hampir pecah perut.



“Sah lah… memang dah tak waras agaknya gadis didepan aku nih. Kesian~ muda-muda lagi, sudah sakit mental…” kata hati kecil ku. Selepas ketawanya reda, si gadis terus menarik diriku ketepi jalan, lalu menuding jari ke arah sebuah kedai. Terkesima aku melihat kedai tersebut…




“Hah, inilah Kang Kang nya… Kamu fikir saya nak buat apa???” Jerkah gadis tersebut kepada ku pula. Dengan perasaan yang sangat bengang bercampur geli hati, aku pun menjawab…



“Alah! Cakaplah nak pergi KEDAI KASUT !! Ini, nak pergi KANGKANG … nak pergi KANGKANG … Haishhh!!!~”


p/s: Kedai Kasut Kang Kang ini adalah kedai kasut yang popular di Bukit Gambir, Muar. Ianya bukan saja popular kerana potongan harga kasut yang sering ditawarkan. Malah ianya lebih popular kerana nama kedainya yang agak lawak bila disebut… huhu~

Friday, May 28, 2010

Pedoman Buat Umat Islam


Terdapat beberapa golongan yang akan di usir dari padang Mahsyar di atas perbuatan yang dilakukan ketika di dunia. Antara golongan itu ialah :



1- Mereka di usir berupa kera. Mereka adalah manusia yang suka mengadu domba.


2- Mereka di usir berupa babi. Mereka adalah yang suka memakan barang yang haram.


3- Mereka dihalau dalam keadaan terbalik kaki di atas dan kepala di bawah. Mereka adalah dari golongan yang suka berdusta.


4- Mereka dihalau dalam keadaan bisu dan pekak serta tidak berakal. Mereka adalah dari golongan yang riak bangga diri dan sombong.


5- Mereka dihalau dalam keadaan mengunyah lidah sendiri sedangkan lidahnya itu menjulur ke bawah sampai kedadanya dan dari mulut keluar nanah yang menjijikan. Mereka adalah ahli pidato yang ucapannya berlainan dengan perilakunya.


 
6- Mereka dihalau dalam keadaan tersalib di pohon kurma dari neraka. Mereka adalah menusia yang berusaha mengajak orang ramai untuk menyokong pemimpin yang tidak jujur.


7- Mereka dihalau dalam keadaan terpotong tangan dan kakinya. Mereka adalah orang-orang yang mengganggu jiran-jiran.


8- Mereka dihalau dalam keadaan buta. Mereka adalah golongan yang curang dalam menetapkan hukum.


9- Mereka dihalau dalam keadaan busuknya lebih busuk daripada bau bangkai. Mereka adalah orang yang gemar melepaskan nafsu syahwat dan menolak perkara wajib seperti zakat, puasa, tidak menjalankan kerja dakwah dan sebagainya.


10-Mereka dikumpulkan dalam keadaan memakai pakaian besi yang panas. Mereka ini adalah manusia yang syirik kepada Allah.


Marilah kita sama-sama renungi, adakah kita akan tergolong di antara golongan-golongan di atas???? Jika kita tidak mahu tergolong dengan mereka, maka perbaikilah diri kita dari sekarang sementara kita mempunyai hidup di dunia yang fana ini.
 

Wednesday, May 26, 2010

Indian Photography..just want 2 make SMILE..

The top 4 poses...



POSE No.1 :
  




Please don't laugh....



POSE No.2:






Ok..just wait...check this one


POSE No.3:





And the winner is...

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


POSE No.4:




Are you smiling...i get you ha.....


Friday, May 7, 2010

Kak Yan: Kenapa Hak Saya Dirampas?




KUALA LUMPUR, 6 MEI 2010: Tindakan pihak berkuasa menahan semula Khaireyll Benjamin Ibrahim atau Benjy, 33, serta menghantar aktor versatile itu Pusat Pemulihan Akhlak Muar, Johor pagi semalam, telah membuatkan perasaan ibundanya, Azean Irdawaty jadi hancur luluh dan berkecai.


Bukan niat Azean untuk mempertikaikan tindakan pihak berkuasa, malah seniwati yang disegani kerana sering menampilkan lakonan yang nampak hidup dan berkesan dalam setiap drama dan filem yang dilakonkannya ini akur dengan segala keputusan yang sudah pun ditetapkan buat anaknya itu.


Namun, Azean yang lebih mesra disapa sebagai Kak Yan mengakui terkilan kerana dia tidak dimaklumkan dengan lebih awal bahawa anak sulungnya itu akan dibawa ke sana (Muar) untuk menjalani tempoh tahanan selama tahun.


Luahan hati Kak Yan yang cukup menyentuh perasaan ini telah dihantar kepada murai.com.my menerusi khidmat sms pada awal pagi tadi. Berikut adalah luahan hati Kak Yan untuk tatapan semua: -



Salam,


Kenapa begini zalim terhadap Kak Yan? Arahan ditandatangi pada tengahari Selasa, 4 Mei 2010. Kenapa tak bagitau Kak Yan awal agar boleh Kak Yan berjumpa anak Kak Yan sekali lagi sebelum dia dibawa ke Muar?


Pukul 3 petang hari Rabu, 5 Mei semalam, baru dapat keizinan untuk pergi menghantar ubat-ubat asma dan darah tingginya (untuk Benjy) . Mesti sampai sebelum habis waktu kerja pukul jam 4 petang. Kenapa tak boleh bagi izin awal sikit.


Kak Yan bergegas ke Muar dan tiba pukul 5 kerana mencari tempatnya lagi. Kami tak dapat berjumpa Benjy. Kak Yan diberitahu boleh datang lagi pada hari lain, tapi perjumpaan hanya melalui intercom, dipisahkan di antara dinding skrin.


Dan tak dibenarkan membawa sebarang makanan masakan sendiri, walaupun pada bulan puasa atau hari raya selama 2 tahun tempoh tahanan berjalan. Kak Yan faham tentang syarat-syarat itu yang terpaksa diturut oleh pihak pusat tahanan. Itu prosidure untuk semua tahanan.


Tapi, yang kak Yan tak faham, kenapa tak bagitau kak Yan awal, sebelum bawa anak kak Yan pergi pagi semalam. Arahan tahanan ditandatangani tengahari. Kak Yan masih sempat berjumpa Benjy, untuk kali terakhir dia cium tangan ibunya. Untuk kali terakhir Kak Yan nak peluk, cium anak kak Yan. Kenapa tak bagitau?


Kalau betul cakap doktor yang Kak Yan hanya ada sehingga Oktober tahun ini sebelum kalah dengan kanser yang dah sampai ke peringkat 4 ni, adakah ini bermakna Kak Yan tidak akan berkesempatan menyentuh anak Kak Yan lagi? Atau, untuk dia menjamah masakan ibunya lagi?


Sejak Februari 2009, Kak Yan menghentikan semua rawatan di hospital kerana dah tak mampu. Kak Yan hanya mengamalkan rawatan Syifa Al-Hidayah iaitu surah Al-Quran.


Kak Yan memang tak tunjukkan pada orang yang Kak Yan masih sakit dan tak tak mengisytiharkan apa yang seorang doktor pakar (bukan dari Kak Yan) beritau Kak Yan pada Oktober 2008 .


Setelah examine gambar-gambar X-Ray kak Yan disaksikan 2 orang kawan rapat Kak Yan bahawa Kak Yan hanya ada 2 tahun lagi. Kak Yan tak bercerita sebab pertama, tak nak percaya cakap dari doktor sebab ajal maut Tuhan yang tentukan.


Kedua, Kak Yan tak mau bercerita yang negatif kepada orang ramai sebab itu Kak Yan tabahkan hati dan tersu menjalani hidup ini tanpa mengalah. Biar Kak Yan berdoa saja.


Tapi sebenarnya sejak stress dengan kes ini, sememangnya symptom- simptom yang Kak Yan kenal benar sebelum ni Kak Yan dah mula rasa, setiap hari. Kak Yan tetap berdoa, disembuhkan dan dipanjangkan umur.


Tapi...jika sekiranya kanser jenis cerb-2+VE yang sememangnya disahkan jenis agresif ini kalahkah Kak Yan sebelum Benjy habis tempoh 2 tahun, adakah ini bermakna kami anak beranak telah pun dipisahkan sebelum Tuhan memisahkan kami?


Kenapa begini zalim? Selama 36 tahun Kak Yan berbakti kepada masyarakat melalui tenaga dan bakat kurniaan Tuhan, Kak Yan kononnya diminati dan disanjungi. Sekarang, apa dia jenayah yang Kak Yan lakukan sehingga hak Kak Yan sebagai ibu dirampas begitu kejam?


Kak Yan cuma minta memeluk anak Kak Yan sekali saja lagi, menyuap nasi dengan lauk kegemarannya sekali saja lagi. Lepas tu, ambillah dia. Kurunglah, kalau mau. Tapi, janganlah diperlakukan begini kepada Kak Yan. Masing-masing ada ibu, ada anak.


Tolonglah. Kasihanilah Kak Yan.


p/s: Berdoalah kita bersama-sama, semoga permintaan seorang ibu bersempena bulan menyambut hari ibu ini dimakbulkan untuk bersua dan memeluk buat kali terakhir terhadap Benjy yg telah dijatuhkan hukuman..Amin...




Tuesday, May 4, 2010

SeLaMat Hari IbU



Di keheningan malam nan indah
Aku duduk termenung mengenang kisah laluku
bersama ibu tersayang
Setiap detik dia sentiasa memberikan
aku kata2 semangat agar aku tidak mudah
menyerah kalah pd cabaran

Dalam aku leka mencari sesuap nasi
terkadang aku melupakan dirimu wahai ibu
Tetapi dirimu tetap jua berada di sisiku
Aku sakit, aku menangis, aku marah..
dirimu sentiasa tabah menghadapi
setiap karenah anak2mu..

Aku mula sedar tatkala
dirimu terlantar di katil menahan kesakitan
Aku juga mula tahu aku perlu melaksanakan
tanggungjawabku sebagai anak yang solehah
Aku terus menunaikan segala hasratmu
wahai ibuku yang tersayang
Demi kebahagiaanmu aku tidak jemu
menemanimu kerana pengorbanan yang engkau berikan

Ibu..kini engkau hilang di mataku
Dalam sekelip mata kau pergi
Pergi yang tak akan kembali
ke dunia ini buat selamanya..
Namun pemergianmu memberikan aku
semangat untuk terus berjuang dalam kehidupan
Demi menjadi insan yang berguna
Demi melihat dirimu tersenyum di sana
dan pastinya menjadi anak yang solehah

Untuk itu..setiap pengorbanan ibu
Setiap penat lelah ibu mengandungkanku
sebagai insan yang bergelar anak
Ku akan sentiasa mendoakanmu
semoga dicucuri rahmat olehNya

Hargailah ibu sepanjang hidup kalian
Selagi hayatnya masih di kandung badan
Agar tidak menyesal di kemudian hari..


Hasil Nukilan: lya_jb
email: pinkgurlz82@gmail.com

TERAPI PERNAFASAN UNTUK SAKIT KEPALA & KELETIHAN (BREATHING THERAPY FOR HEADACHE & TIREDNESS )


Kita memiliki hidung berlubang disebelah kiri dan disebelah kanan. Apakah fungsinya sama untuk menarik dan membuang nafas ?
(Our noses have left and right nostrils. Are these nostrils having the same function for inhaling/"breathe- in" and exhaling/"breathe- out"?).



Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan bedanya, sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas ) dan sebelah kiri mewakili bulan (mengeluarkan dingin ).
(Actually it's not the same and we can feel the difference. Accordingly, the right side represents the sun/"heat" and the left side represents the moon/"cold") ..



Jika sakit kepala , cubalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit , sakit kepala akan sembuh ...
(When having headache, try to close your right nostril and use your left nostril to do breathing for about 5 min. The headache will be gone).



Jika anda merasa lelah , tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan . Lakukan ulang-alik . Tak lama kemudian, anda akan merasakan segar kembali. Sebab lubang hidung sebelah kanan mengeluarkan panas, sehingga banyak sekali panas , lubang hidung sebelah kiri mengeluarkan dingin ...
(If you feel too tired, do it the opposite way. Close your left nostril and breathe through your right nostril. After a while, you will feel refresh again. Because the right side belongs to heat, so it gets hot easily. The left side gets cold easily).



Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri , sehingga hatinya cepat menjadi dingin . Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan , sehingga cepat sekali marah .
(Women breathe mainly with their left nostril, so they get calm down easily. Men breathe mostly with their right nostril, so they get angry easily).



Apakah anda pernah memperhatikan pada saat bangun tidur, lubang hidung sebelah mana yang bernafas lebih cepat ? Sebelah kiri atau kanan ? Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat , anda akan merasa sangat lelah . Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas , anda akan merasa segar kembali dengan cepat.
(When we wake up, do we notice which nostril breathes faster? Is it the left side or the right side ? If the left nostril breathes faster, you will feel very tired. Close your left nostril and use your right nostril for breathing and you will get refresh quickly)



Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak , tetapi kesannya akan lebih baik jika diterapkan kepada orang dewasa .
(You can teach your kids about it. The effect of breathing therapy is much better for adults).


Saya biasanya merasakan sakit kepala , dan rasanya perit. Kemudian saya berjumpa doktor dan beliau bergurau: "Anda akan sembuh jika berumah tangga !" Doktor itu tidak bicara kosong. Apa yang dia sampaikan adlah berdasarkan teori dan testimoni. Selama itu, setiap malam saya merasakan sakit kepala dan tidak dapat belajar. Saya mengambil obat , tetapi tidak sembuh ...
(I used to have painful headache. When consulted a doctor, he told me jokingly," You will be all right if you get married!" The doctor did not bullshit me as he had his theory and supported with testimony. During that time, I used to have headache every night and I was not able to study. I took medicine but I was not cured).



Pada suatu malam, saya duduk bermeditasi dan menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafas dengan lubang hidung sebelah kiri . Dalam kurang dari satu minggu , sakit kepala saya sembuh . Saya teruskan melakukannya selama 1 bulan, sejak malam itu sampai sekarang , sakit kepala saya tidak berulang lagi..
(One night as I sat down to medidate, I closed my right nostril and breathed with my left nostril. In less than a week, it seemed that my headache problem had left me! I continued doing it for about a month and since then there was no recurrence of headache in me) ...



Ini adalah pengalaman saya sendiri . Saya beritahukan hal ini kepada orang lain, jika sakit kepala, cubalah cara tersebut kerana sangat efektif buat saya. Banyak orang lain telah mencubanya dan berhasil . Ini adalah terapi alam, tidak seperti makan ubat dalam jangka panjang yang memungkinkan ada kesan sampingannya. Jadi kenapa anda tidak mencubanya ?
(This is my own experience. I used to tell others who also suffer headache to try this method as it was effective for me. It also works for those who have tried as well. This is a natural therapy, unlike taking medicines for a long time may have side effect. So, why don't you try it out?) .


Monday, May 3, 2010

MoRninG MoTiVaTion..