Thursday, June 3, 2010

TaWakAL NaDi kEjayAaN


"Kemudian setelah bersolat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati daripada limpah kurnia Allah serta ingatlah Allah banyak-banyak (dalam semua keadaan) supaya kamu berjaya di dunia dan akhirat." ( Surah Al Jumuah : Ayat 10 )

Tawakal - itulah yang dianjurkan Islam sebagai kita berusaha mengatasi masalah. Dilanda krisis atau masalah adalah lumrah dalam kehidupan, tidak kira dalam rumah tangga, pejabat atau masyarakat. Kita sudah berusaha untuk mengatasinya, selepas itu bertawakallah mudah-mudahan Allah tunjukkan jalan keluar.

Tawakal itu nadi kejayaan. Tiada yang paling berkesan kecuali mengharapkan keredaan Allah selepas segala usaha dicurahkan. Janji Allah, jika kita bertawakal dalam perjuangan hidup, rezeki kita dijamin cukup dan ditunjukkan jalan keluar daripada krisis.


BISIKKAN KE HATI : Aku telah bersungguh-sungguh berusaha untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Aku berdoa mudah-mudahan Allah kurniakan petunjuk dan keberkatan. Tawakal memudahkan aku menghadapi cabaran dan krisis hidup. Rezekiku di jamin cukup dan Allah tunjukkan jalan keluar daripada masalahku ini.

No comments:

Post a Comment