Wednesday, February 20, 2013

Happy Chinese New Year...2013

Salam 1 Malaysia semua...

Apa shj perayaan dirayakan tidak kira bangsa dan agama kerana kita menghormati budaya dan agama masing2..itulah Malaysia..

Kt opis aku meriah dgn ambilan cuti tahun jela..almklm penganut Buddha ingin meraikan Tahun Baru Cina.
aku dan opismate yg lain de gak yg sudah naik cuti mcm biasa...erm rs mcm nk cuti gak tp pkir2 bkn ke mana2 pn just lik kg je..Alhmdlh..nenek aku sume sihat.

Sebelum ry dapat limau pemberian cmpny sorg 1kotak..wah bestnye..Bila sume da naik cuti mcm biasalah dpt angpow dan de jamuan di rumah bos aku..Tq my bos..wink2..^-^..pastu dpt blnje lg dr bos2 lain...hehe seronok2 sgt...lupe diri bila mkn...hahaha....Hope so dpt lg..pastu msuk hari ke2 bekerja siap main mercun lg, adat diaorg kot...utk halau benda tak baik..

Semoga semua sntiasa hepi di mana jua anda berada..Happy Chinese New Year 2013 (Snake Year)..


Sunday, September 2, 2012

Syawal 2012..

Syawal menjelma lagi..kali ni sambutan perayaan sgt2la sederhana...

Selamat Hari Raya Aidilfitri kwn2 yg mengenali diri saya.. setiap perayaan akan mencetuskan pelbagai kenangan kpd setiap insan yang bergelar Islam khasnya..

Mcm nk mula azam baru tp yg pasti setiap insan single mcm aku ni pasti ingin menamatkn zmn bujang spt kwn2 yg telah berumahtangga. Doakn yg terbaik k wahai sdara mara dan kwn2 sekalian.

Bermula 2,3 thn dr skrg aku perlu berusaha utk kemajuan dan kebahagiaan diri sendiri. Apa org kata jgn  pdg belakang utk maju.. bkn cite JANGAN PANDANG BELAKANG k...ehehehe.

Setakat ini dulu coretan di petang nan indah ini, bersantai di meja jam 2:57 ptg..

Slm Syawal...

Thursday, July 5, 2012

Ramadhan...oh...Ramadhan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Berjumpa kita setelah sekian lama..

Rindu rasanya tidak menaip laju di blog ni...masa dan pekerjaan sekarang yang sangat sibuk membuatkan daku kekurangan masa melekat di depan laptop ksygnku ini... 

Pejam celik sahaja bulan Ramadhan bagi tahun 1433H bakal tiba tidak lama lagi..tp mcm biasalah aku serba sederhana dengan kelengkapan perayaan kali ni...tiada yg istimewa bagiku lagi..Apa yang penting adalah menziarahi kubur arwah bondaku yg tercinta dan menziarahi saudara-mara serta kawan2.

X sangka rupa2nya aku dah pun memulakan kerja d tpt baru dkt stgh thn gak..sekejap je rasanya..tp dlm pd 2 mcm2 pengalaman kerja selama 10thn d pelbagai sykt membuatkn aku lebih berhati2 dlm menjalani kehidupan ni. Almklm jela zmn ni tdk sume org suka dgn diri kita ni. Byk sgt PHD kt ati manusia yg x sukakan kedamaian.

Dunia2..pe2pn kpd kawan2, slmt menjalani ibadah pose. Sempena mlm Nisfu Syaaban ni dptla kiranya kita sama2 membuat perkara2 kebajikan, smg mendapat keredhaan drNya...amin

-wasalam- 

Saturday, January 28, 2012

tAHuN 2012

Selamat Tahun Baru 2012 atau dalam bahasa InggerisNyer....Happy New Year 2012..


Selamat Tahun Baru Cina juga kepada kawan2 yang berbangsa Cina juga beragama Buddha. Begitu meriahnya Malaysia dikelilingi dengan pelbagai perayaan dan disambut bersama dengan semua rakyat Malaysia terutama bila tiba masanya musim cuti perayaan, semua bangsa turut sama bercuti tidak kira sama ada sama2 merayakan atau bercuti bersama keluarga dan teman2.

Dalam tahun ni juga aku merasai suasana baru kerana telah pun bekerja di tempat yang baru maka segala2nya baru bagiku termasuklah semangat dan pekerjaan baru. Apa yang penting kesungguhan untuk berubah dari baik kepada yang lebih baik dan terbaik.

Dari segi mental dan fizikal kita juga haruslah seiring dengan semangat baru ni. Diharapkan doa dan keberkatan dari kedua orang tua juga diperlukan agar hidup lagi direstui dan diberkati. Pelbagai aspek kehidupan dan perjalanan hidup di tahun 2012 diharapkan agar lebih membuka ruang hidup dari segi membina keluarga baru agar hidup lebih terjamin iaitu mendirikan rumahtangga atau menamatkan zaman bujang tapi aku hanya mampu berusaha dan berdoa sahaja, selebihnya adalah rahsia Allah. Mudah-mudahan matlamat yang satu ni tercapai. 

-Wasalam-
          

Monday, November 7, 2011

SALAM AIDILADHA

Assalamualaikum pembuka bicara...


Rasanya tak terlalu lewat untuk sy ucapkan kpd seluruh umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia Selamat menyambut Aidiladha..kebanyakan surau dan masjid masing-masing melakukan ibadah korban seperti lembu khasnya..

Di samping itu dapat mengeratkan silaturahim dan membantu bagi orang2 yang memerlukan. Menyentuh persoalan korban..apa agaknya yang hendak dikongsikan oleh sy adalah erti pengorbanan itu sendiri. Macam2 istilah korban mengikut persepsi masyarakat kita sekarang ini...tapi yang pasti biarlah ia dilakukan pd jln yg betul dan diterima oleh akal dan manusia lainnya.

Dinamakan juga sebagai ‘Udhiyyah’ yang berasal daripada perkataan ‘Dhuha’ iaitu waktu Dhuha, kira-kira antara jam 7.00 hingga 11 pagi, kerana korban disyariatkan oleh Allah SWT supaya dilaksanakan setelah selesai Solat AidilAdha.

Ada juga yang mengatakan ianya berasal daripada perkataan Al-Udhiyyah dan Ad-Dhahiyyah yang dimaksudkan binatang sembelihan seperti unta, lembu, kambing yang disembelih pada hari Raya Korban dan hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah) dengan tujuan untuk mentaqarrubkan diri kepada Allah.

Dalam erti lainnya pengorbanan kita sebagai manusia terhadap penciptaNya...adakah kita telah laksanakannya?..mudah2an..kita dapat melaksanakan suruhannya agar hidup kita sentiasa diberkati...amin..




Wednesday, July 13, 2011

Sahabat...

Malam2 ni aku dengar suria cinta best pulak, maklum jela bila da senyap sunyi cmni kan. Pe yang saya nk kongsi adalah knp selalu kita di duga dan terus diuji. Adakah kita ni penuh dengan segala macam kesalahan yang kadang kala kita sendiri xpasti atau x disengajakan?

Sungguh sedih bila kita berkawan dengan sesiapa pun tetiba dia telah mengguris perasaan kawan lain walhal bkn kita mulakan tetapi sbg seorang insan aku rasa ramai di luar sana apabila sesuatu perkara yang berlaku tanpa kita undang dan duga terjadi.

Semua orang mempunyai ego tetapi apakah ego yg terlalu tinggi perlu sehingga kita rasa rugi di kemudian hari. Sedih betul bila kita berkawan de kawan yang ego untuk meminta maaf dan x kurang juga yang ego untuk mengaku kesalahan diri.

Apa yang aku luahkan adalah kerana x banyak tetapi segelintir dari manusia ni kdg2 bila nk memulakan persahabatan mmg baik tp bila nk kekalkan persahabatan x semua orang boleh mjdikan antara terbaik. Entah kenapa aku rs tercabar bila orang selalu kita bergurau tibe2 aku da lost krn sifat keegoaan pd dirinya. 

Apa yang aku rasa mlm ni seakan kehilangan sahabat pulak..tp pe kan daya aku hanya insan yang lemah kerana tidak dpt menyambung persahabatan. Maafkan la aku sahabat kerana sesungguhnya aku tahu kau dah rmai kwn dan sahabat yang boleh menemanimu dlm keadaan suka dan duka..TQ krn menceriakn hari2 ku sblm ni..

Saturday, June 18, 2011

Pengenalan Sistem Pengoperasian

Dalam segmen bermula jun kali ni, saya nak share ape nota2 yang saya pelajari semasa di poli dulu agar saya tak buang masa dan sekaligus boleh diingat semula...slmt belajar..

Definisi Sistem Pengoperasian

Sistem pengoperasian adalah satu set aturcara yang membenarkan komputer mengawal sumber, melaksanakan aturcara/data. Ia mula diperkenalkan dalam tahun 60-an untuk memastikan sumber penggunaan komputer yang berkesan seperti UPP (CPU), ingatan utama, storan sekunder, peranti input/output (I/O), daya dan sebagainya.

Dimana sistem pengoperasian ini akan mengawal semua sumber (perkakasan komputer) dan menyediakan asas untuk merekabentuk/ menghasilkan aplikasi program (program bantuan) seperti microsoft office, database dan sebagainya. Selain daripada itu, sistem pengoperasian juga akan melindungi pemacu program daripada masalah yang timbul disebabkan oleh perkakasan komputer. Ia juga berupaya untuk menguruskan ‘secondary memory’ (ingatan kedua) dan perkakasan input/output bagi pihak pengguna.

Dalam pengawalan aturcara sistem pengoperasian akan meminimumkan penglibatan operator supaya operasi komputer berjalan dengan licin dan tanpa sampukan (interruption).