Tuesday, May 4, 2010

SeLaMat Hari IbU



Di keheningan malam nan indah
Aku duduk termenung mengenang kisah laluku
bersama ibu tersayang
Setiap detik dia sentiasa memberikan
aku kata2 semangat agar aku tidak mudah
menyerah kalah pd cabaran

Dalam aku leka mencari sesuap nasi
terkadang aku melupakan dirimu wahai ibu
Tetapi dirimu tetap jua berada di sisiku
Aku sakit, aku menangis, aku marah..
dirimu sentiasa tabah menghadapi
setiap karenah anak2mu..

Aku mula sedar tatkala
dirimu terlantar di katil menahan kesakitan
Aku juga mula tahu aku perlu melaksanakan
tanggungjawabku sebagai anak yang solehah
Aku terus menunaikan segala hasratmu
wahai ibuku yang tersayang
Demi kebahagiaanmu aku tidak jemu
menemanimu kerana pengorbanan yang engkau berikan

Ibu..kini engkau hilang di mataku
Dalam sekelip mata kau pergi
Pergi yang tak akan kembali
ke dunia ini buat selamanya..
Namun pemergianmu memberikan aku
semangat untuk terus berjuang dalam kehidupan
Demi menjadi insan yang berguna
Demi melihat dirimu tersenyum di sana
dan pastinya menjadi anak yang solehah

Untuk itu..setiap pengorbanan ibu
Setiap penat lelah ibu mengandungkanku
sebagai insan yang bergelar anak
Ku akan sentiasa mendoakanmu
semoga dicucuri rahmat olehNya

Hargailah ibu sepanjang hidup kalian
Selagi hayatnya masih di kandung badan
Agar tidak menyesal di kemudian hari..


Hasil Nukilan: lya_jb
email: pinkgurlz82@gmail.com

No comments:

Post a Comment