Sunday, April 11, 2010

Din Beramboi..al-Fatihah


Tiada apa yang ingin kita pelikkan. Sememangnya kita dah lama terdedah dengan kes pemergian awal insan-insan yang berbakat. Ajal maut ketentuan Tuhan dan siapa kita untuk mempertikaikan. pemergian pelawak tanah air, Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad, awal malam tadi (Jam 12:30 pagi – 2 April 2010) sememangnya memeranjatkan. Dari pagi hingga ke petang sebelum pemergian, heboh satu tanah air mengenai rumor bahawa Din Beramboi telah pun meninggal dunia tetapi ramai artis tanah air menafikan khabar angin tersebut.
Dalam doa kita semua supaya Din Beramboi kembali sihat, mungkin ramai yang dah mula bersedia untuk menerima pemergiannya. Sememangnya terlalu banyak kes maut yang berkaitan dengan kesan dari kencing tikus. Tetapi menurut akhbar, ianya kes Denggi Berdarah.

KUALA LUMPUR 2 April – Pelawak popular dan penyampai radio Era, Mior Ahmad Fuad Mior Badri meninggal dunia di Hospital Selayang, lewat malam tadi. Allahyarham yang dikenali sebagai Din Beramboi menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) pukul 12.30 malam.
Menurut adik Allahyarham, Rozana Mior Badri, semua ahli keluarga berada di sisi Allahyarham kecuali ayahnya yang tidak dapat hadir. Katanya, Allahyarham meninggal dunia akibat demam denggi berdarah yang menyebabkan beberapa organ badannya gagal berfungsi. “Jenazah abang saya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ehsan, Kepong di sini sebelum solat Jumaat,” katanya ketika ditemui di hospital itu, malam ini. – Utusan

Apapun kalau kita perhatikan, Din Beramboi yang secara tiba-tiba sakit dan kritikal, menerima terlalu banyak perhatian dari umum. Tak pernah lagi kami lihat orang ramai sanggup datang ke Hospital semata-mata ingin mendermakan darah tetapi dalam kes Allayarham, semuanya berlainan sama-sekali.


Din Beramboi & Afdlin in Ahha

Apapun, air mata kami berlinangan bila melihat status Twitter Din Beramboi beberapa minggu sebelum sakit. Arwah seakan-akan merasakan yang dia tidak akan berada lama lagi di dunia ini.



dan satu lagi selang beberapa hari, Din Beramboi menulis status di Twitter memberitahu yang dia merasakan ajal’nya akan tiba.


Selepas ini, tiada apa yang terlalu unik untuk subscribe Astro Warna dan tiada apa yang unik lagi dalam slot Pagi Era bersama Aznil. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Al-Fatihah buat Allayarham Mior Ahmad Fuad. Semoga roh’nya ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman.

-Wasalam-

No comments:

Post a Comment