Saturday, January 28, 2012

tAHuN 2012

Selamat Tahun Baru 2012 atau dalam bahasa InggerisNyer....Happy New Year 2012..


Selamat Tahun Baru Cina juga kepada kawan2 yang berbangsa Cina juga beragama Buddha. Begitu meriahnya Malaysia dikelilingi dengan pelbagai perayaan dan disambut bersama dengan semua rakyat Malaysia terutama bila tiba masanya musim cuti perayaan, semua bangsa turut sama bercuti tidak kira sama ada sama2 merayakan atau bercuti bersama keluarga dan teman2.

Dalam tahun ni juga aku merasai suasana baru kerana telah pun bekerja di tempat yang baru maka segala2nya baru bagiku termasuklah semangat dan pekerjaan baru. Apa yang penting kesungguhan untuk berubah dari baik kepada yang lebih baik dan terbaik.

Dari segi mental dan fizikal kita juga haruslah seiring dengan semangat baru ni. Diharapkan doa dan keberkatan dari kedua orang tua juga diperlukan agar hidup lagi direstui dan diberkati. Pelbagai aspek kehidupan dan perjalanan hidup di tahun 2012 diharapkan agar lebih membuka ruang hidup dari segi membina keluarga baru agar hidup lebih terjamin iaitu mendirikan rumahtangga atau menamatkan zaman bujang tapi aku hanya mampu berusaha dan berdoa sahaja, selebihnya adalah rahsia Allah. Mudah-mudahan matlamat yang satu ni tercapai. 

-Wasalam-