Monday, November 7, 2011

SALAM AIDILADHA

Assalamualaikum pembuka bicara...


Rasanya tak terlalu lewat untuk sy ucapkan kpd seluruh umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia Selamat menyambut Aidiladha..kebanyakan surau dan masjid masing-masing melakukan ibadah korban seperti lembu khasnya..

Di samping itu dapat mengeratkan silaturahim dan membantu bagi orang2 yang memerlukan. Menyentuh persoalan korban..apa agaknya yang hendak dikongsikan oleh sy adalah erti pengorbanan itu sendiri. Macam2 istilah korban mengikut persepsi masyarakat kita sekarang ini...tapi yang pasti biarlah ia dilakukan pd jln yg betul dan diterima oleh akal dan manusia lainnya.

Dinamakan juga sebagai ‘Udhiyyah’ yang berasal daripada perkataan ‘Dhuha’ iaitu waktu Dhuha, kira-kira antara jam 7.00 hingga 11 pagi, kerana korban disyariatkan oleh Allah SWT supaya dilaksanakan setelah selesai Solat AidilAdha.

Ada juga yang mengatakan ianya berasal daripada perkataan Al-Udhiyyah dan Ad-Dhahiyyah yang dimaksudkan binatang sembelihan seperti unta, lembu, kambing yang disembelih pada hari Raya Korban dan hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah) dengan tujuan untuk mentaqarrubkan diri kepada Allah.

Dalam erti lainnya pengorbanan kita sebagai manusia terhadap penciptaNya...adakah kita telah laksanakannya?..mudah2an..kita dapat melaksanakan suruhannya agar hidup kita sentiasa diberkati...amin..