Saturday, June 18, 2011

Pengenalan Sistem Pengoperasian

Dalam segmen bermula jun kali ni, saya nak share ape nota2 yang saya pelajari semasa di poli dulu agar saya tak buang masa dan sekaligus boleh diingat semula...slmt belajar..

Definisi Sistem Pengoperasian

Sistem pengoperasian adalah satu set aturcara yang membenarkan komputer mengawal sumber, melaksanakan aturcara/data. Ia mula diperkenalkan dalam tahun 60-an untuk memastikan sumber penggunaan komputer yang berkesan seperti UPP (CPU), ingatan utama, storan sekunder, peranti input/output (I/O), daya dan sebagainya.

Dimana sistem pengoperasian ini akan mengawal semua sumber (perkakasan komputer) dan menyediakan asas untuk merekabentuk/ menghasilkan aplikasi program (program bantuan) seperti microsoft office, database dan sebagainya. Selain daripada itu, sistem pengoperasian juga akan melindungi pemacu program daripada masalah yang timbul disebabkan oleh perkakasan komputer. Ia juga berupaya untuk menguruskan ‘secondary memory’ (ingatan kedua) dan perkakasan input/output bagi pihak pengguna.

Dalam pengawalan aturcara sistem pengoperasian akan meminimumkan penglibatan operator supaya operasi komputer berjalan dengan licin dan tanpa sampukan (interruption).


Sunday, June 12, 2011

Perjalanan kehidupan..


Setiap manusia di dalam dunia ini mempunyai keinginan, kehendak mahupun cita-cita. Tapi aku tidak merasakan semua manusia dalam dunia ini mendapat apa yang dikehendaki termasuklah jua aku. Apa yang aku ingin coretkan adalah apa yang aku rasa ingin berkongsi dengan kawan-kawan. 

Sepanjang hidup ni apa yang perlu adalah bersyukur. Dalam erti kata sentiasa redha dengan ketentuan Ilahi. Maklum jerla kita ni selalu mengeluh, dan mengeluh itu adalah rakan dan sahabat syaitan. Selain dari itu, aku dapat pengajaran bahawa setiap apa yang kita perolehi dari rezeki titik peluh kita, apabila dikongsi akan lebih dapat berkatnya. Mungkin dengan cara itu, kita dapat sama2 merasa nikmat rezeki yang Allah berikan kepada kita.

Ilmu juga perlu dituntut oleh semua umat manusia tidak kira siapa kita untuk menjadikan kita manusia yang sentiasa ingat hala tuju dan matlamat sebagai seorang insan. Setiap kali aku melihat karenah manusia apabila aku berjalan di luar sana, aku terasa banyak antara kita insan di dunia ini lupa janji kita kepada Allah bahawa setiap apa yang berlaku, haruslah redha. Mungkin diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran tapi aku juga tidak terlepas dari ujian2 Allah kerana aku juga manusia dan insan yang sama seperti orang lain. 

Hari demi hari berganti, apa yang ingin aku lunaskan adalah melihat kebahagian keluarga sentiasa agar aku dapat melaksanakan tuntutan Allah untuk memiliki keluarga pada masa akan datang. Oleh itu, aku sentiasa memohon doa kepadaNya agar diberikan sedikit kebahagian kepada keluarga dan diriku. 

Terkadang aku terpanggil untuk mengutarakan pendapat bahawa mengapa apabila manusia yang telah berada di atas mudah lupa dengan yang di bawah. Adakah semua manusia di atas sana sentiasa akan bersifat begitu? Dan adakah manusia yang di bawah hanya mendapat kehinaan dan penindasan. Subhanallah. Aku harap dan berdoa semoga aku tidak tergolong dalam orang2 yang riak dan takbur akan kemewahan dan keistimewaan yang Allah berikan.

Setelah melihat kekuasaan Allah dan dunia yang terbentang luas ini, ku rasa amat kerdil diri ini dan masih banyak yang perlu dilakukan untuk memberikan yang terbaik. Kuharap malam ini akan dapat memberikan aku ruang untuk menjalakan kehidupan dan nikmat kehidupan ini dengan penuh bermakna agar ketenangan dan ketenteraman yang aku miliki bermula. Amin..