Tuesday, August 17, 2010

TaBiaT MaKanaN yaNg SiHat...


1) Amalkan tabiat makan sajian makanan yang seimbang, pelbagaikan makanan dan tidak pelbagaikan makanan dan tidak memilih makanan yang digemari sahaja.

2) Makan mengikut waktu, bukan kerap makan atau biarkan biarkan perut terlalu kosong.

3) Disiplinkan diri dalam pengambilan makanan dengan aktiviti supaya sihat dan berat badan dapat dikawal.

4) Mengamalkan pengambilan makanan yang terjaga kebersihannya.

5) Minum air masak secukupnya kerana tiga perempat tubuh badan manusia terdiri daripada air.

6) Jangan mudah dipengaruhi iklan untuk memakan makanan yang manis, tinggi kandungan garam, terlalu berlemak dan berminyak.

6 Tip HiDup BeBas HuTang


1) Berdisiplin dan berusaha untuk hidup berdasarkan kemampuan diri sendiri.

2) Percaya pada diri sendiri dan tidak mudah mengalah.

3) Rajin menabung dan sabar menanti.

4) Bijak mengawal keinginan dan nafsu diri sehingga diri benar-benar mampu mendapatkan barang yang diidam-idamkan.

5) Ada kemahiran untuk membezakan antara 'keperluan' dan 'kemahuan'.

6) Ada keberanian untuk melaksanakan segala yang dinyatakan di atas.

Tip Tidur LeNa...


1) Jika anda tidak boleh tidur kerana tekanan, cuba meditasi. Ia membantu menghilangkan tekanan dengan membantu anda lebih tenang dan mudah tidur.

2) Gunakan bantal yang bukan sahaja menyokong leher tetapi juga kepala dan bahagian atas tulang belakang untuk mendapatkan tidur malam yang lena.

3) Tidur di awal malam selepas solat Isyak dalam keadaan berwuduk.

4) Jangan amalkan minum minuman berkafeina beberapa jam sebelum tidur.

Sunday, August 1, 2010

KeBaiKan KuRma....>>>RAMADHAN akan tibe...

Kurma dianggap makanan pencuci mulut, berkhasiat merawat sembelit dan merangsang pergerakan usus kerana berserat tinggi. Buah ini hendaklah direndam di dalam air pada waktu malam dan airnya diminum keesokan harinya. Kurma juga untuk menghindarkan lemah jantung. Di ambil sekurang-kurangnya dua kali seminggu, ramuan ini dikatakan mampu menguatkan jantung. Kurma mempunyai nilai pemakanan yang tinggi. Buah ini membekalkan gula asli di dalam bentuk glukosa dan fruktosa.

Kurma kering mengandungi 60 peratus zat gula, 2.5 peratus zat minyak dan 33 peratus garam. Kurma juga mengandungi protein dan pelbagai vitamin seperti A, B1, B2 dan C, selain zat besi, kapur, fosforus, belerang, kalium, magnesium, kalsium, dan tembaga.